Senin, 24 Mei 2010

CINTA PERTAMA BOLEH MENGGANGGU


Cinta pertama itu memang hebat, meskipun kebanyakkannya boleh dikira sebagai cinta buta. Tatkala seseorang itu disapa cinta pertama dia akan merasa sesuatu yang sukar untuk diungkapkan.

Romantisme cinta pertama bersifat suci dan fantasi. Keghairahan emosi membuat si pencinta menempatkan kekasihnya sebagai pasangan yang ideal dan ‘perfect’. Harapan, kemahuan dan idea-idea yang menghairahkan memenuhi relung hati pencinta yang sedang dilanda romantisme.

Bertuahnya jika cinta pertama ini berakhir di jinjang pelamin. Tetapi realitinya bukan selalu begitu. Kebiasaannya percintaan ini putus di tengah jalan atas pelbagai sebab.

Masing-masing kemudiannya meneruskan kehidupan mereka sehingga mendirikan rumah tangga dengan orang lain. Memori cinta pertama seakan sudah dilupakan. Sehinggalah kehidupan perkahwinan mula menjadi rutin.

Waktu itu ingatan akan diganggu fantasi ghairah tentang cinta pertama. Terasa ingin untuk menjalin hubungan, sekurang-kurangnya untuk mendapat khabar tentang mantan kekasih itu. Akan timbul rasa bagaikan jiwa tersiksa kerana tidak dapat melepaskan ingatan terhadap seseorang yang pernah memberi romantisme cinta pertama.

Hakikatnya cinta pertama itu tidak pernah mati tetapi ia tidak perlu dilayan. Cinta pertama itu sememangnya sesuatu yang menggamit perasaan, seronok dan mengasyikkan. Namun, jangan biarkan nostalgia cinta pertama merosakkan istana yang telah terbina selama ini. Yang sudah dilepaskan jangan dikenang.

Kebahagiaan kini dalam kebersamaan dengan pasangan. Ikatan perkahwinan adalah satu hubungan intim dengan komitmen penuh. Percayalah hubungan intim dengan komitmen menghasilkan pertemanan penuh kasih yang lebih indah daripada ghairah romantisme.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar